Kelas menaip & Advokasi KDB

20 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta iaitu terdiri daripada pelajar menengah rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Peserta telah diajar mengenai penggunaan keyboard serta cara menaip yang betul. Peserta mempelajari cara penggunaan asas online typing test serta keyboard control key dengan belajar posisi jemari yang efektif untuk memudahkan menaip di keyboard.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Check Your Label. Ia bertujuan mendidik peserta supaya membeli peralatan telekomunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikuti standard-standard yang ditetapkan. Peserta digalakkan untuk memastikan kesahihan label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali